Fasiliti penginapan boleh memberi kesan besar kepada tempahan anda dan mempengaruhi tetamu berpotensi untuk memilih penginapan anda. Fasiliti yang paling popular untuk tetamu akan muncul sebagai penapis carian Agoda, jadi dengan mengemas kini ini dalam YCS, penginapan anda akan lebih mudah dilihat dalam hasil carian. Kadangkala, paparan tertentu mungkin menunjukkan maklumat yang ditetapkan dengan tidak betul.

Dalam artikel ini:

 

Fasiliti disilang

Jika fasiliti/perkhidmatan tidak ditawarkan di penginapan anda, anda boleh menyahaktifkannya dalam YCS  dan ia tidak akan dipaparkan langsung. Namun, halaman penginapan anda mungkin masih memaparkan fasiliti yang tidak tersedia dengan warna yang lebih pudar dan disilang, seperti yang ditunjukkan di bawah. Kemudahan yang disilang kekal di halaman penginapan kerana analitik kami menunjukkan bahawa pelanggan lebih suka melihat sesetengah fasiliti dan perkhidmatan dipaparkan sebagai tidak tersedia, termasuk tetapi tidak terhad kepada “haiwan peliharaan dibenarkan,” “lif,” dan lain-lain.

Jika anda mendapati bahawa fasiliti/perkhidmatan yang dinyahaktifkan tidak disilang di halaman penginapan anda, sila hubungi kami untuk bantuan lanjut.

     

Pemindahan lapangan terbang

 

Jika anda tidak mahu pemindahan lapangan terbang dipaparkan dalam bahagian yang diserlahkan, sila nyahaktifkan atau laraskan jumlah untuk “ Pemindahan lapangan terbang tersedia” dalam YCS:

  1. Navigasi ke YCS >> Penginapan >> Seting Penginapan.
  2. Klik pada Lokasi dan kemudian Pindah maklumat.
  3. Tandakan atau nyahtanda pada kotak di sebelah Pemindahan lapangan terbang disediakan. Jika ini ditandakan, pemindahan lapangan terbang akan dipaparkan sebagai tersedia pada halaman penginapan anda.
  4. Jika anda memilih untuk menanda Pemindahan lapangan terbang tersedia, sila masukkan atau laraskan kos dalam ruangan yang disediakan.
  5. Selepas perubahan anda telah dibuat, klik Simpan.

     

Wi-Fi Percuma

Terdapat 2 fasiliti wi-fi percuma yang tersedia sebagai pilihan untuk penginapan anda.

Wi-Fi percuma, dengan sengkang (“-“)

  1. Perkhidmatan ini tersedia untuk dipilih di YCS >> Penginapan >> Seting Penginapan >> Fasiliti >> Perkhidmatan Penginapan >> Internet >> Wi-Fi percuma di semua bilik!
  2. Jika anda ingin membuang perkhidmatan ini daripada maklumat bilik, klik pada X dalam kotak Wi-Fi Percuma di semua bilik!.
  3. Selepas perubahan anda telah dibuat, klik Simpan.

**WiFi Percuma**, tanpa sengkang (“-“).

  1. Faedah ini tersedia untuk dipilih di bawah YCS >> Harga dan ketersediaan >> Pelan harga.
  2. Sila edit faedah WiFi yang tersedia untuk setiap pelan harga aktif:
  • Klik pelan harga individu untuk membukanya;
  • Klik pada tab Faedah;
  • Tandakan atau nyahtanda pada kotak WiFi percuma

Selepas perubahan anda telah dibuat, klik Simpan.

     

Sarapan percuma

Terdapat 2 fasiliti sarapan percuma yang boleh dikemas kini dalam YCS.

Aras bilik

  1. Faedah ini tersedia untuk dipilih di bawah YCS >> Harga dan ketersediaan >> Pelan harga.
  2. Sila edit faedah Sarapan yang tersedia untuk setiap pelan harga aktif:
  • Klik pelan harga individu untuk membukanya;
  • Klik pada tab Faedah;
  • Tandakan atau nyahtanda pada kotalk Sarapan

Selepas perubahan anda telah dibuat, klik Simpan. Faedah bilik akan dipaparkan di halaman hartanah dalam grid harga untuk setiap pelan harga yang anda tetapkan, seperti yang ditunjukkan di bawah:   

Tahap penginapan

Jika sarapan percuma dikenakan untuk semua bilik dan semua pelan harga, termasuk pelan harga “Bilik Sahaja,” anda boleh menetapkannya sebagai perkhidmatan penginapan dalam YCS.

  1. Perkhidmatan ini tersedia untuk dipilih di YCS >> Penginapan >> Seting Penginapan >> Fasiliti >> Perkhidmatan Penginapan >> Makan, minum dan snek.Harap maklum bahawa anda mungkin perlu klik bulatan biru pada bar tajuk untuk bergerak ke kanan sehingga anda melihat tab Makan, minum, dan snek . Atau, anda boleh tatal ke bawah sehingga anda melihat Makan, minum dan snek sebagai tajuk bahagian.
  2. Untuk memasukkan perkhidmatan ini dalam maklumat bilik, pastikan kotak [free] Sarapan berwarna hijau. Jika tidak, klik pada tanda semak untuk mengaktifkannya.
  3. Jika anda ingin membuang perkhidmatan ini daripada maklumat bilik, klik pada X dalam kotak [free]Sarapan.
  4. Selepas perubahan anda telah dibuat, klik Simpan.

  [free] Seting Penginapan akan dipaparkan pada halaman penginapan anda, seperti yang ditunjukkan di bawah.   Jika anda mendapati fasiliti masih tidak dipaparkan dengan betul, sila hubungi kami untuk bantuan lanjut.

 

Kemudahan bilik aktif dalam bahagian “Tersedia di semua bilik”.

Jika ada fasiliti bilik yang aktif tidak dipaparkan, atau fasiliti bilik yang tidak aktif dipaparkan sebagai aktif, sila semak bahawa kemudahan ini telah dikemas kini dengan betul untuk semua jenis bilik dalam YCS.     Satu kemungkinan adalah terdapat jenis bilik yang tidak aktif dengan fasiliti bilik ini masih disimpan dalam YCS.

  • Jika penginapan anda tidak aktif untuk pengubahsuaian atau penyelenggaraan sementara, anda boleh membuang semua fasiliti bilik pada jenis bilik yang tidak aktif dan mengemaskininya semula apabila anda mengaktifkan semula penginapan anda.
  • Jika jenis bilik yang tidak aktif adalah bilik yang tidak lagi tersedia atau tidak lagi dijual, sila hubungi kami  untuk bantuan lanjut.

Jika anda mendapati fasiliti anda masih tidak dipaparkan dengan betul, sila hubungi kami untuk bantuan lanjut.

Adakah artikel ini membantu?

%

%

Terima kasih atas maklum balas anda!

Kami gembira mendengarnya! Sila beritahu kami lagi.
Harap maaf. Boleh beritahu kami mengapa?

Recommended reads

Q4 2024 Webinars – Live

Q4 2024 Webinars – Live

Q4 2024 Webinars – Live

Unlock YCS: Maximize your potential & boost efficiency

Unlock YCS: Maximize your potential & boost efficiency

Unlock YCS: Maximize your potential & bo ...

Boost your property’s efficiency through YCS: Join a walkthrough session of YCS. | Learn what Analytics and Opportunity Center have to offer. | Live Q&A session with YCS professionals.

Boost your property’s efficiency through YCS: Join a walkthrough session of YCS. | Learn what Anal ...

Discover the latest market & travel trends

Discover the latest market & travel trends

Discover the latest market & travel tren ...

Stay in the know of market trends to stay ahead of your competition: Explore the latest market trends and traveler behaviors | Get tips on optimizing your property’s performance | Live Q&A session with industry experts

Stay in the know of market trends to stay ahead of your competition: Explore the latest market trend ...

Q3 2024 Webinars

Q3 2024 Webinars

Q3 2024 Webinars

We're excited to announce a series of exclusive livestream events designed to help you stay ahead in the market.

We're excited to announce a series of exclusive livestream events designed to help you stay ahead in ...

Agoda celebrates Golden Circle Awards across Asia

Agoda celebrates Golden Circle Awards across Asia

Agoda celebrates Golden Circle Awards across ...

We're thrilled to share that Agoda has recently hosted the Golden Circle Awards at in Bangkok, Phuket, Hong Kong, Seoul and Tokyo

We're thrilled to share that Agoda has recently hosted the Golden Circle Awards at in Bangkok, Phuke ...

Agoda Partner Appreciation Night – Livestream

Agoda Partner Appreciation Night – Livestream

Agoda Partner Appreciation Night – Live ...

Thank you for joining us for industry insights from Agoda’s leaders!

Thank you for joining us for industry insights from Agoda’s leaders!

Dilindungi: Agoda Partner Appreciation Night – Livestream

Dilindungi: Agoda Partner Appreciation Night – Livestream

Dilindungi: Agoda Partner Appreciation Night ...

Tiada petikan kerana kiriman ini dilindungi.

Tiada petikan kerana kiriman ini dilindungi.

Agoda Manila hosts ‘Coffee Session’ for Growth Team

Agoda Manila hosts ‘Coffee Session’ for Growth Team

Agoda Manila hosts ‘Coffee Session̵ ...

Agoda Manila hosts 'Coffee Session' for Growth Team Partners

Agoda Manila hosts 'Coffee Session' for Growth Team Partners