Kad Pembayaran Unik (UPC) ialah kad kredit maya yang dikeluarkan oleh Mastercard untuk memproses pembayaran tempahan individu. Penginapan anda akan menanggung sebarang caj transaksi untuk penggunaan UPC. Setiap UPC adalah sah selama 5 bulan dari tarikh ia dicipta dan akan dinyahaktifkan secara automatik selepas 150 hari.

Dalam artikel ini:

Melihat butiran UPC untuk tempahan

  1. Daftar masuk ke YCS. Jika anda menguruskan beberapa penginapan, pilih daripada Senara penginapan.
  2. Pergi ke Tempahan >> Reservasi.
  3. Klik pada tempahan yang anda ingin lihat butiran UPC.
  4. Klik pada Dapatkan pembayaran (UPC).

Mengenakan caj pada UPC

Anda boleh menerima bayaran untuk tempahan anda, termasuk tempahan yang dipinda dan dibatalkan, dengan menggunakan butiran UPC yang disediakan untuk setiap tempahan. Jumlah yang harus anda caj akan dinyatakan dalam pengesahan tempahan terkini yang dihantar ke emel anda dan boleh dilihat pada bila-bila masa dalam butiran tempahan di YCS. Proseskan pembayaran menggunakan mesin kad kredit anda.

Nota mengenai mengenakan caj pada UPC:

  • Bayaran hanya boleh dicaj oleh akses pengguna YCS yang dibenarkan. Jika anda tidak diberi kebenaran untuk mengenakan caj pembayaran, sila hubungi pentadbir penginapan anda atau hubungi kami untuk bantuan.
  • Untuk tujuan keselamatan, butiran UPC hanya akan kelihatan selepas jumlah yang layak dimasukkan ke dalam kad.
  • Sebelum anda mengenakan caj pada kad, pastikan bahawa:
      • Anda mengenakan bayaran berdasarkan terma pembayaran yang dinyatakan dalam perjanjian anda.
      • Anda menggunakan nombor kad yang betul untuk tempahan yang anda ingin terima bayaran.
      • Kad kredit tersebut tidak mendapat pra-kebenaran daripada rakan sekerja anda (kad yang telah mendapat pra-kebenaran akan menjadi tidak sah).
      • Anda mengenakan caj mengikut jumlah yang dinyatakan pada pengesahan tempahan. Sebarang jumlah tambahan akan menyebabkan transaksi ditolak.
  • Anda boleh mengenakan caj pada UPC pada tarikh keluar tetamu atau satu hari selepas daftar masuk, bergantung pada terma pembayaran penginapan anda. Harap maklum bahawa kad tersebut akan tamat tempoh 150 hari selepas daftar keluar—jika anda tidak mengenakan caj pada kad dalam tempoh ini, tempahan akan dikeluarkan daripada sistem dan pembayaran tidak lagi boleh dituntut.
  • Anda akan melihat mesej “Pelanggaran Keselamatan” jika terdapat lebih daripada 5 percubaan gagal untuk mengenakan caj pada kad tersebut. Jika anda menghadapi situasi ini, sila tunggu selama 1 jam sebelum mencuba untuk mengenakan caj semula, dan pastikan anda menggunakan butiran yang betul serta mempunyai sambungan internet yang stabil.
  • Anda akan melihat mesej “Kad Disekat FRE10” jika anda cuba menggunakan kad tersebut untuk sebarang aktiviti selain pembayaran berkaitan tempahan. Untuk mengelakkan ralat seperti ini, sila semak dengan pembekal mesin anda untuk memastikan ia digunakan bagi tujuan perniagaan penginapan. Hubungi kami untuk bantuan selanjutnya.

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya hanya meluluskan atau mengenakan caj sebahagian daripada jumlah penuh?

  • Jika anda telah meluluskan sebahagian daripada jumlah tersebut, gunakan kod kebenaran yang sama dan caj jumlah tersebut terlebih dahulu. Kemudian, teruskan untuk memebenarkan dan mengenakan caj bagi jumlah baki.
  • Jika anda telah membenarkan dan mengenakan caj hanya untuk sebahagian jumlah, teruskan dengan mengulangi tindakan yang sama bagi mengutip jumlah baki.

Dalam kedua-dua kes, kami mengesyorkan anda menyemak jumlah tempahan dan jumlah yang telah anda benarkan/caj. Anda akan menerima ralat yang menunjukkan “dana tidak mencukupi” jika anda cuba mengenakan caj melebihi nilai tempahan.

Adakah artikel ini membantu?

%

%

Terima kasih atas maklum balas anda!

Kami gembira mendengarnya! Sila beritahu kami lagi.
Harap maaf. Boleh beritahu kami mengapa?

Recommended reads

Webinar: Buka kunci peluang pertumbuhan dengan Agoda (VN)

Webinar: Buka kunci peluang pertumbuhan dengan Agoda (VN)

Webinar: Buka kunci peluang pertumbuhan denga ...

Dapatkan pandangan berharga, laksanakan strategi yang berkesan untuk mengoptimumkan operasi hotel, dan dedahkan peluang pertumbuhan dengan Agoda.

Dapatkan pandangan berharga, laksanakan strategi yang berkesan untuk mengoptimumkan operasi hotel, d ...

Celebrating 20 years together: Agoda’s partners share their birthday wishes

Celebrating 20 years together: Agoda’s partners share their birthday wishes

Celebrating 20 years together: Agoda’s ...

We're so touched to share this special video filled with heartwarming birthday wishes from our amazing partners. A huge thank you to every partner featured, you're a core part of the Agoda story!

We're so touched to share this special video filled with heartwarming birthday wishes from our amazi ...

Webinar: Buka kunci peluang pertumbuhan dengan Agoda (VN)

Webinar: Buka kunci peluang pertumbuhan dengan Agoda (VN)

Webinar: Buka kunci peluang pertumbuhan denga ...

Dapatkan pandangan berharga, laksanakan strategi yang berkesan untuk mengoptimumkan operasi hotel, dan dedahkan peluang pertumbuhan dengan Agoda.

Dapatkan pandangan berharga, laksanakan strategi yang berkesan untuk mengoptimumkan operasi hotel, d ...

Webinar: Buka kunci peluang pertumbuhan dengan Agoda (VN)

Webinar: Buka kunci peluang pertumbuhan dengan Agoda (VN)

Webinar: Buka kunci peluang pertumbuhan denga ...

Dapatkan pandangan berharga, laksanakan strategi yang berkesan untuk mengoptimumkan operasi hotel, dan dedahkan peluang pertumbuhan dengan Agoda.

Dapatkan pandangan berharga, laksanakan strategi yang berkesan untuk mengoptimumkan operasi hotel, d ...

Webinar: Menyempurnakan persediaan dan pengurusan hartanah anda dengan Agoda (VN)

Webinar: Menyempurnakan persediaan dan pengurusan hartanah anda dengan Agoda (VN)

Webinar: Menyempurnakan persediaan dan pengur ...

Kemas kini tentang fungsi dan ciri terkini dalam YCS, cara menyediakan harta anda dan cara terbaik untuk berinteraksi dengan pelanggan.

Kemas kini tentang fungsi dan ciri terkini dalam YCS, cara menyediakan harta anda dan cara terbaik u ...

Livestream – Events/Webinars (Join our livestreams to gain valuable insights)

Livestream – Events/Webinars (Join our livestreams to gain valuable insights)

Livestream – Events/Webinars (Join our live ...

We’re excited to announce a series of exclusive livestream events designed to help you stay ahead in the market.

We’re excited to announce a series of exclusive livestream events designed to help you stay ahead ...

Buka kunci YCS: Maksimumkan potensi anda & tingkatkan kecekapan

Buka kunci YCS: Maksimumkan potensi anda & tingkatkan kecekapan

Buka kunci YCS: Maksimumkan potensi anda  ...

Tingkatkan kecekapan hartanah anda melalui YCS: Sertai sesi panduan YCS. | Ketahui perkara yang ditawarkan oleh Analitis dan Pusat Peluang. | Sesi Soal Jawab secara langsung dengan profesional YCS.

Tingkatkan kecekapan hartanah anda melalui YCS: Sertai sesi panduan YCS. | Ketahui perkara yang dita ...