Apakah e-Kad?

  • e-Kad ialah kad kredit fizikal atau kad plastik yang Agoda sediakan kepada anda untuk mengecaj semua amaun tempahan yang layak menggunakan sistem ePass. 
  • e-Kad Agoda dihadkan kepada caj melalui terminal POS di bawah kod kategori pedagang (MCC) default, iaitu Perniagaan Penginapan – Hotel, Motel, Resort, atau Perkhidmatan Tempahan Pusat.
  • E-Kad tidak menyokong terminal POS 3D (kaedah pengesahan selamat 3D). Untuk mengecas e-Kad, anda memerlukan terminal POS bukan 3Ds. 

Bagaimanakah untuk mengaktifkan e-Kad?

Apabila anda menerima e-Kad anda, anda perlu mengaktifkan e-Kad dan mengesahkan penerimaan. 

  1. Muat turun borang resit e-Kad Agoda di sini. 
  2. Isi borang dengan butiran berikut: 
    1. Nombor e-Kad: 16 digit pada e-Kad anda. 
    2. Butiran pemegang kad: berikan butiran yang diminta, seperti nama penginapan, ID hotel Agoda, alamat hotel, nombor telefon dan nombor faks (jika ada). 
    3. Butiran hubungan pemegang kad: berikan nama dan hubungan e-mel kakitangan yang diberi kuasa daripada Jabatan Tempahan dan/atau Kewangan anda. 
  3. Cetak, tandatangan, imbas dan kembalikan borang resit e-Kad Agoda kepada pasukan e-Kad kami di ecard@agoda.com. 
  4. Subjek e-mel tersebut hendaklah Aktifkan e-Kad. [Hotel ID]– [Hotel country]. 

  Apa yang berlaku seterusnya? 

  • Pasukan e-Kad akan membalas kepada anda dalam masa 3-4 hari bekjera untuk memberikan tarikh pengaktifan e-Kad anda (biasanya 48 jam selepas e-mel balasan diterima). 
  • Setelah diaktifkan, maklumat e-Kad anda juga akan disimpan dalam YCS >> Kewangan >> Akaun Pembayaran Saya.

Bagaimanakah untuk menyelesaikan pembayaran?

  1. Pergi ke YCS >> Kewangan >> Transaksi Semasa 
  2. Anda akan dibawa ke halaman Pendapatan, dengan satu bahagian yang dipanggil Tempahan dengan pendapatan tersedia. Pendapatan akan sedia untuk dikutip 1 hari selepas tarikh daftar keluar tempahan dan hanya akan dipaparkan dalam bahagian ini apabila pembayaran sedia untuk dimulakan. 
  3. Secara default, semua tempahan yang perlu dibayar akan dipilih secara automatik (ditanda). Nyah tanda kotak bagi mana-mana tempahan yang anda tidak mahu dimasukkan dalam pembayaran anda.
  4. Tatal ke bawah untuk menyemak bahagian Pelarasan.
    • Agoda membuat pelarasan manual untuk memastikan bahawa pendapatan yang dibayar kepada rakan kerjasana adalah betul. Apabila pelarasan manual dibuat, ia akan muncul di bawah bahagianPelarasan . Transaksi pelarasan tidak boleh dikecualikan daripada pembayaran.
    • Pelarasan manual dibuat kerana, tetapi tidak terhad kepada, sebab berikut: 
      • Caj dikenakan untuk menolak tempahan yang disahkan Agoda. 
      • Kadar cukai yang salah untuk tempahan. 
      • Persetujuan dibuat untuk membenarkan pelanggan membatalkan tempahan mereka dengan polisi pembatalan yang berbeza daripada tempahan asal.
      • Apabila transaksi pelarasan dimasukkan ke dalam kelompok pembayaran, ia akan hilang dari bahagian Pelarasan. Pelarasan tersebut akan dipaparkan dalam kelompok pembayaran yang berkenaan di halaman Kewangan >> Pembayaran.
  5. Klik Dapatkan Pembayaran untuk melihat ringkasan pembayaran pendapatan anda. Anda hanya boleh menghantar pembayaran pendapatan jika nilai bersih adalah positif. Jika jumlah pendapatan anda adalah negatif, anda perlu menunggu sehingga lebih banyak transaksi tempahan ditambah.
  6. Anda akan diarahkan ke halaman ringkasan dengan butiran e-Kad anda. Sila pastikan 4 digit terakhir e-Kad yang anda terima daripada Agoda sama dengan butiran e-Kad yang dipaparkan pada halaman ringkasan. Jika butiran e-Kad sama, klik sahkan. 
  7. Selepas pengesahan, pembayaran anda akan dipindahkan ke halaman Kewangan >> Pembayaran. Klik di siniuntuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara melihat pembayaran silam. 
  8. Ia mungkin mengambil masa sehingga 2 jam untuk jumlah pendapatan yang diluluskan untuk ditunjukkan pada e-Kad anda. Sila tunggu sebelum mengecas e-Kad anda pada terminal POS anda. 

Semua jumlah tempahan yang disertakan dalam kumpulan pembayaran yang disahkan akan dipindahkan ke halaman Kewangan >> Semua transaksi untuk rujukan masa hadapan. Jika anda ingin menyemak butiran e-Kad atau transaksi anda, sila akses halaman Kewangan >> Pembayaran. Untuk maklumat lanjut, rujuk Bagaimanakah untuk menyemak Bayaran Silam? 

Bagaimanakah untuk menyelesaikan pembayaran untuk tempahan yang dipinda atau dibatalkan?

Untuk tempahan yang telah dipinda, kami akan menghantar e-mel kepada anda dengan “PINDAAN” tertera di baris subjek. E-mel tersebut akan menyertakan pengesahan tempahan yang dipinda dengan jumlah tempahan yang dikemas kini. Jumlah tempahan yang dikemas kini ini akan dipaparkan serta-merta di halaman Transaksi Semasa – Pendapatan. Jika tempahan dipinda atau dibatalkan selepas anda telah mengesahkan pembayaran untuk jumlah tempahan tersebut, jumlah yang dikemas kini akan dimasukkan dalam bahagian Pelarasan, untuk diimbangi dalam kumpulan pembayaran yang akan datang.

Bagaimanakah saya akan menerima penyata e-Kad?

Sistem kami akan menjana penyata e-Kad secara automatik sekali sebulan.Pada hari bekerja pertama setiap bulan, penyata akan dihantar kepada pengguna yang melanggan isu Kewangan dalam Kenalan YCS. Penyata e-Kad akan memberikan baki e-Kad semasa (kurang/lebihan/tiada baki tertunggak) dalam fail PDF.

Nota mengenai pengecasan e-Kad:

  • Sebelum anda mengecaj e-Kad, sila pastikan bahawa e-Kad anda tidak mengandungi baki. Pembayaran pendapatan mesti disahkan terlebih dahulu di halaman Transaksi Semasa – Pendapatan.
  • Ia mungkin mengambil masa sehingga 2 jam untuk jumlah pendapatan yang diluluskan untuk ditunjukkan pada e-Kad anda. Sila tunggu sebelum mengecas e-Kad anda pada terminal POS anda. 
  • Kami mengesyorkan agar anda mengesahkan pembayaran untuk jumlah pendapatan sebaik sahaja ia tersedia. Sila ambil maklum bahawa jika anda tidak mengesahkan pembayaran untuk tempahan dalam tempoh 150 hari selepas tarikh daftar keluar, tempahan tersebut (dan jumlah pendapatan yang tersedia) akan dipadam.
  • Tidak dibenarkan menggunakan e-Kad untuk sebarang perbelanjaan peribadi.
  • e-Kad hanya boleh digunakan dengan terminal POS penginapan. 
  • e-Kad harus dicaj dengan jumlah yang tepat seperti yang diluluskan, dan dalam mata wang yang sama seperti dalam kontrak anda, untuk mengelakkan sebarang percanggahan.
  • Memandangkan e-Kad tamat tempoh, sila pastikan anda hanya mengenakan bayaran semasa e-Kad anda sah. 

Nota mengenai pengecasan e-Kad:

  • Sebelum anda mengecaj e-Kad, sila pastikan bahawa e-Kad anda tidak mengandungi baki. Pembayaran pendapatan mesti disahkan terlebih dahulu di halaman Transaksi Semasa – Pendapatan.
  • Ia mungkin mengambil masa sehingga 2 jam untuk jumlah pendapatan yang diluluskan untuk ditunjukkan pada e-Kad anda. Sila tunggu sebelum mengecas e-Kad anda pada terminal POS anda. 
  • Kami mengesyorkan agar anda mengesahkan pembayaran untuk jumlah pendapatan sebaik sahaja ia tersedia. Sila ambil maklum bahawa jika anda tidak mengesahkan pembayaran untuk tempahan dalam tempoh 150 hari selepas tarikh daftar keluar, tempahan tersebut (dan jumlah pendapatan yang tersedia) akan dipadam.
  • Tidak dibenarkan menggunakan e-Kad untuk sebarang perbelanjaan peribadi.
  • e-Kad hanya boleh digunakan dengan terminal POS penginapan. 
  • e-Kad harus dicaj dengan jumlah yang tepat seperti yang diluluskan, dan dalam mata wang yang sama seperti dalam kontrak anda, untuk mengelakkan sebarang percanggahan.
  • Memandangkan e-Kad tamat tempoh, sila pastikan anda hanya mengenakan bayaran semasa e-Kad anda sah. 

Soalan Lazim

1. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya secara tidak sengaja mengecaj hanya sebahagian daripada e-Kad saya?

Sila caj semula e-Kad anda dengan baki jumlah yang ada. Anda perlu mengira jumlah baki dengan menyemak Jumlah Diluluskan Keseluruhan di halaman Kewangan >> Pembayaran dan menolak jumlah yang telah anda caj.

2. Apakah yang boleh saya lakukan jika saya melepasi tarikh akhir 150 hari untuk mengutip pembayaran tempahan?

Proses pembayaran dalam masa 150 hari dari tarikh daftar keluar, selepas itu caj tidak boleh dituntut.

3. Bagaimanakah untuk meminta e-Kad baru jika e-Kad semasa saya telah tamat tempoh?

Sila hubungi kami untuk bantuan.Jika anda menghadapi sebarang isu lain, sila lawati halaman Saya tidak dapat membuat caj pembayaran dan memerlukan sokongan.

4. Apakah yang boleh saya lakukan jika saya tidak menerima penyata e-Kad?

Sila hubungi kami secara langsung untuk bantuan.

Hubungi kami

Masih mencari penyelesaian? Pergi ke YCS >> klik butang ‘Perlu Bantuan’ di bahagian bawah kanan halaman atau cari kaedah lain.

Adakah artikel ini membantu?

%

%

Terima kasih atas maklum balas anda!

Kami gembira mendengarnya! Sila beritahu kami lagi.
Harap maaf. Boleh beritahu kami mengapa?

Recommended reads

Livestream – Events/Webinars (Join our livestreams to gain valuable insights)

Livestream – Events/Webinars (Join our livestreams to gain valuable insights)

Livestream – Events/Webinars (Join our live ...

We’re excited to announce a series of exclusive livestream events designed to help you stay ahead in the market.

We’re excited to announce a series of exclusive livestream events designed to help you stay ahead ...

Unlock YCS: Maximize your potential & boost efficiency

Unlock YCS: Maximize your potential & boost efficiency

Unlock YCS: Maximize your potential & bo ...

Boost your property’s efficiency through YCS: Join a walkthrough session of YCS. | Learn what Analytics and Opportunity Center have to offer. | Live Q&A session with YCS professionals.

Boost your property’s efficiency through YCS: Join a walkthrough session of YCS. | Learn what Anal ...

Discover the latest market & travel trends

Discover the latest market & travel trends

Discover the latest market & travel tren ...

Stay in the know of market trends to stay ahead of your competition: Explore the latest market trends and traveler behaviors | Get tips on optimizing your property’s performance | Live Q&A session with industry experts

Stay in the know of market trends to stay ahead of your competition: Explore the latest market trend ...

Agoda celebrates Golden Circle Awards across Asia

Agoda celebrates Golden Circle Awards across Asia

Agoda celebrates Golden Circle Awards across ...

We're thrilled to share that Agoda has recently hosted the Golden Circle Awards at in Bangkok, Phuket, Hong Kong, Seoul and Tokyo

We're thrilled to share that Agoda has recently hosted the Golden Circle Awards at in Bangkok, Phuke ...

Agoda Partner Appreciation Night – Livestream

Agoda Partner Appreciation Night – Livestream

Agoda Partner Appreciation Night – Live ...

Thank you for joining us for industry insights from Agoda’s leaders!

Thank you for joining us for industry insights from Agoda’s leaders!

Dilindungi: Agoda Partner Appreciation Night – Livestream

Dilindungi: Agoda Partner Appreciation Night – Livestream

Dilindungi: Agoda Partner Appreciation Night ...

Tiada petikan kerana kiriman ini dilindungi.

Tiada petikan kerana kiriman ini dilindungi.

Agoda Manila hosts ‘Coffee Session’ for Growth Team

Agoda Manila hosts ‘Coffee Session’ for Growth Team

Agoda Manila hosts ‘Coffee Session̵ ...

Agoda Manila hosts 'Coffee Session' for Growth Team Partners

Agoda Manila hosts 'Coffee Session' for Growth Team Partners

Agoda launches the 3rd edition Eco Deals Program at the ASEAN Tourism – Forum

Agoda launches the 3rd edition Eco Deals Program at the ASEAN Tourism – Forum

Agoda launches the 3rd edition Eco Deals Prog ...

Agoda, the global digital travel platform, announced at the ASEAN Tourism Forum (ATF) that it has broadened its collaboration with World Wide Fund for Nature (WWF), expanding its Eco Deals Program to support eight conservation projects across Southeast Asia.

Agoda, the global digital travel platform, announced at the ASEAN Tourism Forum (ATF) that it has br ...