Apa itu Kutipan Penginapan?

Kutipan Penginapan ialah penyelesaian Agoda yang membolehkan tetamu membuat bayaran bagi tempahan mereka semasa ketibaan di penginapan. Ia membolehkan tetamu menempah inventori Agoda dengan bayaran dibuat secara terus kepada anda. Melengkapi model pra‑bayar Agoda, ia memenuhi permintaan pelanggan yang ingin membuat bayaran secara terus semasa daftar masuk.

Apa itu Kutipan Penginapan?

  • Pelanggan menghargai fleksibiliti untuk membuat bayaran terus di penginapan
  • Penapis “bayar di hotel” ialah penapis yang paling kerap digunakan dalam hasil carian Agoda.
  • Ramai pelanggan hanya akan membuat tempahan  sekiranya mereka mempunyai fleksibiliti pembayaran.
  • Penginapan anda akan memperoleh keterlihatan yang lebih tinggi  dalam hasil carian, serta melalui rakan sekutu dan pemasaran tambahan kami.
  • Penginapan anda akan mendapat lebih banyak tarikan dalam kalangan pelanggan dengan tempoh tempahan awal.
  • Secara purata, penginapan yang mengaktifkan Kutipan Penginapan mencatatkan peningkatan tempahan sebanyak 5%.
  • Pilihan tambahan untuk menawarkan harga bayar di hotel tanpa memerlukan kad kredit boleh menjana lebih banyak tempahan (contohnya semasa musim rendah).
  • Pampasan boleh dibayar dengan mudah melalui platform pembayaran layan diri Agoda.

Jenis Kutipan Penginapan

Jenis Ciri-Ciri
Kutipan Penginapan – Jaminan Kad Kredit Tetamu akan memberikan butiran kad kredit bagi menjamin tempahan.
Kutipan Penginapan tanpa Kad Kredit Tetamu boleh membuat tempahan tanpa memberikan butiran kad kredit; klik  di sini untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia berfungsi?

Aliran tempahan dan pembayaran bagi Kutipan Penginapan adalah berdasarkan model pra‑bayar Agoda, dengan beberapa perbezaan berikut:

  • Tetamu akan membuat bayaran penuh bagi tempahan secara terus kepada anda semasa daftar masuk.
  • Anda akan dapat mengutip jumlah jualan penuh daripada tetamu.

Agoda akan menolak pampasan bagi tempahan Kutipan Penginapan daripada tempahan pra‑bayar anda yang lain bagi mengelakkan pengebilan manual:

Apakah manfaatnya?

Mudah Mengurus

  • Pembayaran bagi kedua-dua tempahan pra‑bayar dan Kutipan Penginapan boleh diuruskan dalam satu platform, ePass. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ePass.
  • Kami memahami bahawa adalah penting untuk anda dapat menjejak amaun pampasan yang ditolak. Oleh itu, penyata tempahan yang boleh dicetak disediakan bagi semua pembayaran yang merangkumi pampasan daripada tempahan Kutipan Penginapan.

Mudah Dibayar

  • Agoda akan menguruskan komisen bagi tempahan Kutipan Penginapan dengan menolak jumlah yang perlu dibayar tersebut daripada amaun yang Agoda perlu bayar kepada anda bagi tempahan pra‑bayar. Proses ringkas ini adalah telus sepenuhnya dan boleh dilihat di YCS.

Lebih ramai pelanggan

  • Pelanggan yang ingin membuat bayaran semasa daftar masuk kini boleh menapis hasil carian berdasarkan pilihan pembayaran ini, sekali gus berpotensi meningkatkan jumlah tempahan anda. Tarik khalayak yang lebih luas, terima tempahan dengan tempoh perancangan yang lebih panjang, dan berpotensi meningkatkan kadar penukaran.

Fungsi YCS

Di YCS terdapat empat ciri yang boleh digunakan untuk menguruskan tempahan Kutipan Penginapan. Harap maklum bahawa ciri‑ciri ini hanya tersedia untuk tempahan yang dibuat dengan Kutipan Penginapan – Jaminan Kad Kredit. Untuk menggunakan ciri‑ciri ini, cari tempahan tersebut di YCS, dengan mengambil maklum bahawa anda boleh menapis hasil carian mengikut Kaedah Pembayaran:  1. Pergi keYCS >>Tempahan>> Tempahan. 2. Tapis hasil carian dengan mengklik Model Pembayaran pada menu di bahagian atas. Pilih Kutipan Penginapan, kemudian klik Kenakan 3. Cari tempahan yang perlu anda sahkan dan klik untuk membuka butiran lanjut. Maklumat Kutipan Penginapan akan dipaparkan dalam satu lajur di bahagian sebelah kanan.

FAQ

1. Bagaimanakah cara untuk membezakan tempahan Kutipan Penginapan dan tempahan kutipan Agoda (pra‑bayar)?

Baucar pengesahan tempahan yang disediakan oleh Agoda akan mengandungi maklumat berkaitan pembayaran yang perlu dikutip terus daripada tetamu. Sila klik  di sini  untuk maklumat lanjut mengenai baucar pengesahan Kutipan Penginapan yang khusus.

2. Adakah saya masih akan menerima tempahan pra‑bayar selepas mengaktifkan Kutipan Penginapan?

Ya, jika anda mengaktifkan Kutipan Penginapan, anda akan terus menerima tempahan di bawah kedua-dua pilihan kutipan Agoda (pra‑bayar) dan Kutipan Penginapan. Ini bermakna lebih ramai tetamu dan lebih banyak tempahan!

3. Adakah saya akan menerima invois pampasan bagi tempahan Kutipan Penginapan?

Tidak, sistem pengimbangan dalaman kami akan secara automatik menolak pampasan bagi tempahan Kutipan Penginapan daripada tempahan prabayar anda yang lain. Proses ini menggantikan pengebilan manual. Anda juga akan dapat menerima penyata pampasan bagi pembayaran lengkap anda melalui  ePass.

4. Adakah saya boleh mengaktifkan semula tempahan yang telah dibatalkan?

Tidak, anda tidak boleh mengaktifkan semula tempahan setelah ia dibatalkan. Tetamu perlu membuat tempahan baharu sebagai gantinya.

5. Adakah tetamu akan dikenakan caj pembatalan sekiranya saya membatalkan tempahan mereka melalui YCS?

Apabila anda membatalkan tempahan melalui halaman tempahan dengan menggunakan fungsi YCS – Permintaan untuk membatalkan tempahan, caj pembatalan tidak akan dikenakan kepada tetamu.

6. Apakah yang boleh saya lakukan jika tetamu Tidak Datang?

Bagi tempahan Kutipan Penginapan, anda mempunyai pilihan untuk melaporkan status tidak datang tanpa perlu menghubungi Agoda secara terus. Sila rujuk artikel  di sini  untuk maklumat lanjut mengenai cara melaporkan status tidak datang. Jika anda gagal melaporkan status tidak hadir datang YCS dalam tempoh yang ditetapkan (72 jam dari tarikh daftar masuk), fungsi tersebut akan dinyahaktifkan (berwarna kelabu). Anda boleh menghubungi kami untuk bantuan lanjut.

7. Adakah Kutipan Penginapan boleh digunapakai hanya untuk jenis bilik tertentu?

Tidak. Setelah diaktifkan, Kutipan Penginapan akan digunakan untuk semua jenis bilik di hartanah anda.

8. Bagaimanakah cara untuk menyahaktifkan atau menukar tetapan bagi Kutipan Penginapan?

Anda boleh melaraskan seting bagi Kutipan Penginapan dengan menghubungi Pasukan Sokongan Penginapan Agoda melalui butang  Perlu Bantuan  di YCS.

Hubungi kami

Masih mencari penyelesaian? Hubungi kami melalui butang “Perlu Bantuan” di YCS atau kaedah lain.  

Adakah artikel ini membantu?

%

%

Terima kasih atas maklum balas anda!

Kami gembira mendengarnya! Sila beritahu kami lagi.
Harap maaf. Boleh beritahu kami mengapa?

Recommended reads

Tailored to Win: How Hotels are Using Localization to Capture Asia’s Tourism Boom

Tailored to Win: How Hotels are Using Localization to Capture Asia’s Tourism Boom

Tailored to Win: How Hotels are Using Localiz ...

New research on 526 hotels across 12 markets reveals the strategies, ROI, and barriers behind tailoring experiences for Asia’s top source markets including China, Japan, South Korea, and beyond.

New research on 526 hotels across 12 markets reveals the strategies, ROI, and barriers behind tailor ...

Webinar: Buka kunci peluang pertumbuhan dengan Agoda (VN)

Webinar: Buka kunci peluang pertumbuhan dengan Agoda (VN)

Webinar: Buka kunci peluang pertumbuhan denga ...

Dapatkan pandangan berharga, laksanakan strategi yang berkesan untuk mengoptimumkan operasi hotel, dan dedahkan peluang pertumbuhan dengan Agoda.

Dapatkan pandangan berharga, laksanakan strategi yang berkesan untuk mengoptimumkan operasi hotel, d ...

Celebrating 20 years together: Agoda’s partners share their birthday wishes

Celebrating 20 years together: Agoda’s partners share their birthday wishes

Celebrating 20 years together: Agoda’s ...

We're so touched to share this special video filled with heartwarming birthday wishes from our amazing partners. A huge thank you to every partner featured, you're a core part of the Agoda story!

We're so touched to share this special video filled with heartwarming birthday wishes from our amazi ...

Webinar: Buka kunci peluang pertumbuhan dengan Agoda (VN)

Webinar: Buka kunci peluang pertumbuhan dengan Agoda (VN)

Webinar: Buka kunci peluang pertumbuhan denga ...

Dapatkan pandangan berharga, laksanakan strategi yang berkesan untuk mengoptimumkan operasi hotel, dan dedahkan peluang pertumbuhan dengan Agoda.

Dapatkan pandangan berharga, laksanakan strategi yang berkesan untuk mengoptimumkan operasi hotel, d ...

Webinar: Buka kunci peluang pertumbuhan dengan Agoda (VN)

Webinar: Buka kunci peluang pertumbuhan dengan Agoda (VN)

Webinar: Buka kunci peluang pertumbuhan denga ...

Dapatkan pandangan berharga, laksanakan strategi yang berkesan untuk mengoptimumkan operasi hotel, dan dedahkan peluang pertumbuhan dengan Agoda.

Dapatkan pandangan berharga, laksanakan strategi yang berkesan untuk mengoptimumkan operasi hotel, d ...

Webinar: Menyempurnakan persediaan dan pengurusan hartanah anda dengan Agoda (VN)

Webinar: Menyempurnakan persediaan dan pengurusan hartanah anda dengan Agoda (VN)

Webinar: Menyempurnakan persediaan dan pengur ...

Kemas kini tentang fungsi dan ciri terkini dalam YCS, cara menyediakan harta anda dan cara terbaik untuk berinteraksi dengan pelanggan.

Kemas kini tentang fungsi dan ciri terkini dalam YCS, cara menyediakan harta anda dan cara terbaik u ...

Livestream – Events/Webinars (Join our livestreams to gain valuable insights)

Livestream – Events/Webinars (Join our livestreams to gain valuable insights)

Livestream – Events/Webinars (Join our live ...

We’re excited to announce a series of exclusive livestream events designed to help you stay ahead in the market.

We’re excited to announce a series of exclusive livestream events designed to help you stay ahead ...